Check this out

Saturday, October 31, 2015

MENGAJAR ANAK BERSEDEKAH & NIKMAT ISLAM

Entri75

Teks: KHUSHARTINI KAMARULZAMAN
Foto: KHUSHARTINI KAMARULZAMAN

Bersedekah adalah amalan yang perlu diterapkan dalam jiwa kanak-kanak dari kecil.

Amalan seperti ini bukanlah amalan yang hanya boleh diberitahu sahaja tanpa amali. Malah lebih senang lagi jika ianya ditunjukkan sendiri di depan anak-anak dan lebih baik lagi jika dijadikan amalan keluarga. Secara tidak langsung, anak-anak lebih cepat "tangkap" yang aktiviti seperti ini adalah satu amalan mulia.

Ini adalah gambar di Masjid Itaewon Seoul. Ada kotak derma/sedekah untuk pembinaan tambahan masjid nanti. Mereka masih mengumpul dana untuk penambahbaikan masjid yang mana umat Islam di sini semakin bertambah bilangannya, alhamdulillah.




Pandangan dari dalam masjid. Selepas waktu bersolat, terdapat beberapa orang yang masih beriktikaf di dalam masjid.


Tiang luar masjid ini boleh dilihat dari rumah kami dan kadang-kadang kedengaran sayup bunyi azan berkumandang. Alhamdulillah atas nikmat iman dan Islam. Di perantauan, nikmat ini terasa sangat manis sekali. Alhamdulillah.



Gambar di bawah adalah seorang orang Korea bertanya kepada saya tentang agama Islam. Dia berminat melihat gambar umat Islam sedang menunaikan haji di Kota Suci Makkah. Katanya, dia teringin untuk ke sana melihat sendiri suasana tersebut. Dengan bahasa Inggerisnya yang sangat terhad, saya berusaha untuk menggunakan perkataan yang ringkas.

 Di sini, setiap kali kami ke masjid, terdapat ramai pelawat Korea yang mencari maklumat di Masjid dan juga melihat suasana orang Islam bersolat. Mengikut statistik pembacaan saya, seramai 51% orang Korea adalah Atheis (tidak beragama) dan mungkin disebabkan itulah mereka masih mencari-cari pegangan mereka. Saya amat kagum melihat kesungguhan mereka untuk ke Masjid untuk mendapatkan maklumat. Ada beberapa kali mereka menanyakan di mana untuk mendapatkan tudung seperti saya.

Semoga hidayah milik mereka.



GARDEN OF MORNING CALM, KOREA

Entri 74

Teks: KHUSHARTINI KAMARULZAMAN
Foto: KHUSHARTINI KAMARULZAMAN

Ini adalah salah satu aktiviti kami untuk menghabiskan baki cuti sekolah anak-anak.

Tempat ini adalah Garden of Morning Calm  yang terletak di daerah Gapyeong di Gyenggi-do.

Bagi saya yang pertama kali sampai di sini, saya sudah dapat agak, tempat ini paling cantik pada musim luruhnya. Daun pokok berwarna warni amat memukau pandangan mata sambil mulut menyebut SubhaanAllah.

Saya berbicara dengan suami, Korea ini amat bertuah dek kecantikan alam semulajadinya yang sangat indah. Mereka menjada kawasan-kawasan sebegini dengan sebaik-baiknya. 

Rakyatnya juga amat suka menikmati keindahan ini dan mereka juga sukakan aktiviti mendaki bukit dan gunung. Sebab itulah pada musim bunga, musim panas dan musim luruh set baju-baju trekking dijual di merata tempat dan harganya sangat murah. Aktiviti itu juga bukan sahaja merupakan kegemaran anak muda malah orang-orang tua juga, siap bertongkat lagi.

Seperti kehadiran kami ke sini pada waktu itu, ianya dipenuhi oleh orang-orang Korea juga. Walaupun ini tempat mereka, tetapi mereka tidak akan  melepaskan peluang untuk menikmati keindahan pemandangan ini yang hanya hadir sekejap sahaja sebelum musim sejuk tiba.


Ini adalah gambar di pintu masuk ke taman ini, sebaik sahaja melepasi pintu tiket utama. Walaupun berbayar, masih ramai yang datang untuk menikmati permandangan di sini. Cuaca pagi itu agak redup selepas hujan di awal pagi, namun amat menyamankan, sesuai dengan namanya Garden of Morning Calm.



Anak bujang saya good mood pada hari itu, jadi dia melayan permintaan Papanya untuk bergambar. :)



Ini adalah pandangan sebuah kedai runcit/ kedai serbaneka di dalam taman ini. Cantik bak rumah-rumah lama pada zaman dahulu.


Ini adalah kedai herba berdekatan pintu keluar. Saya masuk window shopping sahaja kerana bagi saya harganya agak mahal.













Sebelum berangkat pulang ke Seoul, kami mengambil gambar kenang-kenangan di tempat parking. Tidak lupa juga mengambil gambar bukit yang agak berwarna warni menyerikan lagi keindahan musim luruh ini.

HARI TERAKHIR PROMOSI EBOOK

Entri 73
Teks: KHUSHARTINI KAMARULZAMAN
Foto: AKADEMI BEKERJA DI RUMAH

Hari ini adalah hari terakhir promosi ebook istimewa bulan ini.

Dengan hanya RM100, anda boleh memiliki 5 Ebook, yang mana berharga RM195 kesemuanya jika tiada promosi.
Bagi yang ingin memulakan bisnes, atau sedang berkira-kira untuk berhenti kerja, saya amat mencadangkan anda membaca ebook-ebook seperti di bawah ini.
Jika berminat, boleh email saya di tiniraft@gmail.com / khushartinikamarulzaman@gmail.com
Terima kasih.

Tuesday, October 27, 2015

KELAB MEMASAK -AKTIVITI CUTI SEKOLAH

Entri 72

Teks: KHUSHARTINI KAMARULZAMAN
Foto: KHUSHARTINI KAMARULZAMAN

Salah satu dari aktiviti cuti sekolah anak-anak adalah kelab memasak. Fahmi suka beri nama aktiviti ini sebagai cooking club kerana itu adalah kelab kegemarannya di sekolah selain dari kelab catur dan komputer.

Aktiviti ini memerlukan kesabaran yang tinggi oleh ibu atau pengendali kelas kerana keterujaan luarbiasa anak-anak. Tidak lupa juga untuk memastikan aspek keselamatan adalah perhatian utama ketika kelab dijalankan.

Pada kali ini kami membuat nutella cheesetart. Maaf, gambar agak terhad dek kedua-kedua tangan "penuh".

Ini contoh "lukisan" anak-anak di atas kuih masing-masing.  Mereka penuh semangat mencorakkan bahagian masing-masing.

Walaupun aktiviti sebegini agak ringkas, tetapi setengah jam sehingga sejam yang dihabiskan masa bersama mereka ini tiada nilainya dan tiada gantinya.

Sangat berharga.

Saya tiba-tiba terasa rindukan anak-anak yang di sekolah saat entri ini ditulis. Cuti sekolah seminggu sudah berlalu. Hari ini adalah hari kedua mereka bersekolah kembali.

Biarlah rumah bagai kapal pecah, riuh rendah dengan suara mereka, saya masih bahagia.

Bahagia yang tidak akan berulang kembali. Bahagia yang akan hanya tinggal memori apabila mereka menginjak usia.

Semoga kasih sayang kita kepada anak-anak akan kekal sama sehingga akhirnya.



 
 
Pada waktu ini, mereka mengambil giliran untuk memegang mesin pengadun ini. Walaupun sekejap seorang, tetapi sudah cukup untuk membuatkan mereka tersenyum puas.


Ini pula menunggu giliran masing-masing untuk melorekkan corak. Sengaja tidak diberi kepada semua dalam satu masa untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini. Saya juga menyelitkan sikap untuk bersabar dalam apa jua yang dilakukan.

PATCHWORK DOUBLE SIDED AIRFRYER COVER

Entri 71

Teks: KHUSHARTINI KAMARULZAMAN
Foto: KHUSHARTINI KAMARULZAMAN
 
Memandangkan menjahit adalah hobi kegemaran saya, jadi saya akan mencari peluang untuk dijadikan "alasan" untuk menjahit. 

Pada kali ini, saya jahit satu sarung "airfryer" untuk dapur hitam putih saya ini. Kebetulan pula, saya masih ada baki kain yang sudah dipotong kecil begini dari projek cadar "patchwork" sebelum ini.

Dalam masa dua hari, saya dapat siapkan sarung ini dengan corak polka dot hitam putih di sebelah dalam. Jadi, saya dapat gunakan kedua-dua bahagian.

"Airfryer" ini saya jarang guna, jadi saya perlu letakkan "baju" untuk elakkan berdebu kerana badan putihnya.

Hobi saya ini juga ibarat bekerja di rumah yang mana sesiapa pun boleh lakukannya. Semoga selepas ini, saya masih lagi rajin menjahit. 
 
 
 

Thursday, October 22, 2015

SERTAI KELAS HANYA DARI RUMAH

Entri 71
Teks: Akademi Bekerja Di Rumah

Bagaimana kelas ini dijalankan?
Kelas berbentuk toturial ini dijalankan sepenuhnya secara online (atas talian). Protege akan diberikan ebook rujukan iaitu ebook belajar asas blog. Protege akan dimasukkan dalam group kelas di facebook.
 
Komunikasi adalah secara one to one (personal coaching) melalui pm di facebook atau group kelas. Nota dan toturial bergambar disediakan di dalam group kelas tersebut.
 
Jadual kelas adalah fleksibel, ikut masa protege sendiri bila mahu belajar. Pertanyaan dan soalan boleh dilontarkan terus kepada guru online melalui message di facebook. Peserta hanya perlu rajin menyiapkan tugasan yang diberikan dan rajin bertanya dan berhubung dengan guru jika ada soalan yang ingin diajukan.

Tugasan yang diberikan adalah sepenuhnya terus membantu protege menyiapkan blog masing-masing. Dengan ini protege tidak perlu mengambil masa lain lagi untuk menyiapkan semula blog mereka. Protege dan guru online hanya berhubung secara online sahaja. Hanya perlu ada kelengkapan gadget iaitu laptop atau komputer dan talian internet. Malah jika ada telefon canggih juga satu kelebihan kepada protege untuk membuat tugasan terus walau di mana pun mereka berada.

Kelas ini di mana?
Uniknya kelas kami secara online sahaja. Boleh mula bila-bila masa sudah sedia.
 
Saya bekerja tak ada masa?
Disebabkan tuan/puan tak ada masa, itu sebab kelas ini masanya fleksibel. Iaitu 10 langkah mudah untuk kelas penulisan dan 16 langkah untuk kelas bisnes.
Saya tak ada produk. Produk kami sediakan. Boleh jadi rakan niaga akademi. Jika sudah ada produk lagi ok.
 
Berapa lama boleh pandai? Bukan berapa lama boleh pandai, tetapi berapa cepat tuan/puan boleh siapkan tugasan. Ada pelajar laju ambil masa 10 hari sahaja, ada 3 minggu, ada sebulan dan ada lebih dari itu. Cepat lambat adalah bergantung pada protege sendiri. Cepat siapkan tugasan, maka cepatlah kalian boleh mula menggunakan blog, facebook dan fanpage untuk menjana pendapatan pula.
 
Apa lagi yang kami dapat? Jaringan dan perhubungan sahabat-sahabat lain yang juga dari kalangan surirumah, suri bekerjaya. Boleh berkenalan dan bertukar pandangan. Inilah kumpulan sokongan yang perlu untuk wanita yang bekerja di rumah, untuk mendapatkan semangat, pendapat, bina kenalan baru dan sebagainya. Juga pertukaran antara blog di akademi dapat membantu menarik traffik ke blog.

Kelas ini terbuka kepada semua yang mahu memulakan bisnes secara online, masih tidak tahu cara bagaimana mahu memulakan. Khusus utama untuk suri rumah, suri bekerjaya yang mahu menambah pendapatan secara sambilan atau sepenuh masa. Juga dialu-alukan penyertaan untuk kaum adam.

 Kami buka pendaftaran setiap hari. Pendaftarn Oktober masih dibuka ya. Boleh hubungi saya sebagai pengurus online di tinicraft@gmail.com
 
Terima kasih.
 
 

Wednesday, October 21, 2015

PERNAH SUSAH SELEPAS BERHENTI KERJA?

Entri 70
 
Teks: KHUSHARTINI KAMARULZAMAN
Foto: KHUSHARTINI KAMARULZAMAN
 
"Pernah tak rasa susah atau tidak cukup selepas berhenti kerja?", ada kawan tanya saya suatu masa dulu selepas beberapa ketika saya berhenti kerja.
 
Dengan tersenyum, dialog soalan itu sudah terlalu kerap saya dengar dan saya juga masih dengan jawapan dialog yang sama.
 
"Alhamdulillah, saya tidak pernah merasa susah. Semuanya cukup dan yang paling penting urusan kepentingan anak-anak tetap dipenuhi seperti biasa dan duit bulanan kepada ibu bapa tetap tidak berkurang."
 
Jawapan saya nampak ringkas, tetapi ada dua perkara penting di situ.
 
Pertama, CUKUP.
 
Makna cukup di sini sangat luas. Lain orang, lain definisi cukupnya. Semuanya terserah kepada keperluan masing-masing dan juga KEHENDAK. Ya, kehendak di sini amat dominan. Jika ikut nafsu, semuanya kita HENDAK walaupun itu sebenarnya bukan keperluan.
 
Untuk kes saya sendiri, memang ada perubahan dari pelbagai segi, tetapi itu semua terserah kepada kita untuk mengemudi "kapal" kita sendiri. Memang saya tidak mensasarkan sebarang kehendak yang terlampau, setakat biasa-biasa sahaja sebab sudah terbiasa begitu sejak dari zaman kerja lagi. Jadi, tidak susah untuk saya berasa cukup dengan kehendak apabila saya sudah berhenti kerja.
 
Kedua, IBU BAPA.
 
Dari kita kecil hinggalah kita  berkeluarga, ibu bapa tidak pernah berhenti berfikir tentang kita selama kita bernama anak. Tidak kira kita susah atau senang, mereka tetap mendoakan kebahagiaan dan kejayaan kita.
 
Memberi duit bulanan itupun, mereka tidak minta. Mereka tidak hendak pun sebab mereka tahu kita ada kehidupan kita sendiri dengan keluarga masing-masing. Mereka pun sudah cukup dengan apa yang ada. Malah ada juga orang tua yang terpaksa tanggung anaknya yang sudah berkeluarga, dasyat bukan?
 
Tetapi, apabila kita beri kepada mereka, ada "harga" di situ.
Nilainya bukan pada angka pada duit yang kita bagi, tetapi jauh lebih tinggi dari itu.
 
Ibu bapa akan dapat rasa, terharu, syukur anak-anaknya sudah berjaya, bahagia  dan tidak lupakan mereka.
 
Ibu bapa juga akan rasa berbunga-bunga bahagia bila anak-anaknya hidup gembira dan tidak hidup susah.
 
 
Syukur ya Allah, saya tidak pernah rasa susah selepas berhenti kerja. Tidak pernah kami tidak cukup makan, apatah lagi berhutang dan sebagainya. Ibu bapa pula bertambah kerap berkunjung dari kampung sebab seronok kerana saya ada di rumah jika mereka ingin menjenguk cucu-cucu mereka.
 
Macam sekarang kami berjauhan, tetapi kami berhubung dengan mereka seperti semasa kami di Malaysia dulu. Hanya jarak memisahkan kami, tetapi yang lain tetap sama. Selalulah hubungi ibu bapa kita, berbaktilah kepada mereka sebaik-baiknya.
 
Berilah mereka bahagia, berilah mereka gembira, kerana mereka telah berikan kita segala-galanya.
 
 

 
Nota: Gambar semasa ingin mengambil kakak dan abang balik dari sekolah. Hanaa baru bangun tidur petang. Saya akan rindukan saat ini. Nanti mama dah tua, Hanaa pegang tangan mama juga ya?
 

MATLAMAT KELAS DI AKADEMI BEKERJA DI RUMAH

Entri 69

Teks: Puan Anys Idayu Zakaria

Selamat datang pelajar pelajar Oktober 2015 ke Akademi Bekerja Di Rumah.

Alhamdulillah, kami menerima pendaftaran setiap hari dan kami sudah mara lebih 1000 penyertaan.


Matlamat utama kelas-kelas di AKADEMI BEKERJA DI RUMAH (ABDR) ialah:-

• Untuk memberi peluang kepada suri untuk belajar ASAS PEMASARAN ONLINE. Ahli yang menyertai kami 80% adalah suri yang tidak ada asas berniaga. Iaitu tidak pandai menggunakan email, tidak pernah berjualan produk. Tidak pandai membina kedai online. Jadi matlamat utama adalah, untuk memberi pendedahan asas untuk berniaga dari zero pengalaman.

• ABDR menawarkan produk dan servis untuk sepanjang tahun. ABDR juga matlamatnya adalah kumpulan sokongan untuk suri bergabung dan bertukar idea.

• MATLAMAT UTAMA ADALAH MEMBINA JARINGAN. BAGI SURI YANG MAHU MENJADI JUTAWAN IA TIDAK ADA DALAM PAKEJ ABDR. KAMI FOKUS KEPADA -MEMBERI LATIHAN ASAS PENGURUSAN KEWANGAN. -ZERO HUTANG. -SURIRUMAH BERPENDAPATAN.

Alhamdulillah kami buka pendaftaran setiap hari. Mula daftar dan belajar asas pemasaran online melalui blog dan fb bersama dengan kami.
 
Jika berminat untuk tahu lebih lanjut lagi, boleh hubungi saya sebagai pengurus online di tinicraft@gmail.com.
 
Sekian, terima kasih.

CARA MUDAH ZIKIR PAGI DAN PETANG

Entri 68

Teks: KHUSHARTINI KAMARULZAMAN
Foto: KHUSHARTINI KAMARULZAMAN


Zikir adalah satu perkara yang amat mudah.
Tiada modal ataupun tiada alatan canggih.
Tidak kira tempat dan tidak kira masa.

Kalau dulu saya pernah rasa kalau saya membaca ataupun buat kerja di laptop, saya tidak boleh memikirkan sesuatu yang lain selain dari kerja saya itu. Saya perlu fokus.

Tetapi dalam urusan seharian, kita tidak semestinya membuat kerja yang sama sahaja sepanjang hari kan?

Saya ada dengar tazkirah dari Ustaz Abu Anas Madani, kita digalakkan untuk berzikir 100 kali pagi dan 100 kali petang, kalau lebih lagi bagus.

SubhaanAllah, Walhamdulillah, Walaailaahaillallah, Wallahuakbar
Walaahaulawalaa kuwwatailla billahil 'aliyyul 'aziim.
Ulang 100 kali pagi dan 100 kali petang.

Rasa banyak?
Iya, 100 banyak tapi tak makan masa berejam pun.

Alamak, saya mana ada masa nak duduk berzikir.
Eh, takperlu duduk atau pegang tasbih tu semua. Kat mana-mana pun boleh buat.

Mana ada masa nak kira-kira sampai 100.
Takperlu kira pun, konsepnya zikir sahaja bila teringat. Zikir itu kan mengingati Allah.

Macam saya seorang surirumah, saya praktikkan sewaktu basuh pinggan, jemur kain dan sebagainya.
Kerja jalan macam biasa, cuma kita boleh fokuskan kan ingatan kita pada Pencipta, kita boleh didik hati kita untuk selalu bersyukur pada Allah.

Ingat, zikir bukan lisan sahaja, tetapi perlu lahir dari hati juga.

Semoga kita semua tergolong dalam golongan mengingati Allah.

Aamiin.

Nota: Ini link tazkirah yang saya dengar berkali-kali.
https://www.youtube.com/watch?v=60U08d-RqEM


Nota: Gambar ini di ambil dari Banpo Park



 

Tuesday, October 20, 2015

JISAN FOREST SKI RESORT 2015

Entri 67

Teks: KHUSHARTINI KAMARULZAMAN
Foto: KHUSHARTINI KAMARULZAMAN

Ini adalah pengalaman pertaman kami ke Ski Resot di Korea. Tidak semeriah Ski Resot hebat yang lain, tetapi cukup menggemberikan anak-anak. Saya harus simpan kenangan ini di sini untuk kenangan masa hadapan dan juga mungkin boleh memberi sedikit maklumat kepada pelancong yang akan dating ke sini.

Kami pergi pada awal bulan Januari tahun ini. Masih sangat sejuk walaupun mentari menyinar indah. Saljinya juga tidak selembut sutera. Memandangkan pada tempoh waktu itu tiada salji turun, tetapi pihak resort pasti menyediakan tempat skiing ini dengan salji buatan untuk mengekalkan momentum pengunjung.

Sebelum terlupa, ini adalah alamat resort ini.

Address of Jisan Forest Ski Resort.
San 28-1, Haewol-ri, Majang-myeon, Icheon-si, Gyeonggi-do
경기 이천시 마장면 해월리 산 28-1

Kami mulakan perjalanan dari rumah agak lewat sedikit, bukan awal pagi seperti kebiasaan perjalanan kami.
 
Ini sedikit gambar pemandangan yang saya dapat ambil semasa dalam perjalanan ke tempat ski tersebut. Sangat cantik tetapi amat curam,
 

 

 
 
Oh, badan saya sangat besar kelihatan dibaluti jaket tebal hitam itu. Anak-anak bermain dan makan, kemudian pergi sambung bermain lagi. Saya memang selalu membawa bekal untuk anak-anak apabila keluar dari rumah seperti donat, roti, biskut dan sebagainya. Satu beg harus dipenuhkan dengan pelbagai jenis makanan. Tambahan pula musim sejuk, anak-anak cepat lapar.
 
 
 
Anak-anak dan suami sangat gembira walaupun kesejukan. Maklumlah pengalaman pertama, sangat teruja. Fahmi senang bergerak sendiri.
 
 
 
Tasnim pun sudah pandai main sendiri. Pada mulanya dia naik dengan Papa kerana takut untuk mencuba.
 
 
 
 
 
 
Hanaa pun merengek-rengek untuk mencuba dan tidak sangka dia sangat berani. Seperi sudah besar walaupun pada masa itu dia belum lagi tiga tahun.
 
 
 
 
 
Fahmi (berbaju biru muda) sungguh bergaya, sejuk itu belakang kira. Janji dia gembira.
 
 
 
 
Ini sebenarnya gambar kami untuk bergerak pulang. Anak-anak sudah keletihan dan kesejukan bermain. Hujung tahun ini atau awal tahun depan, kami mungkin mencari tempat skiing yang lain pula, in shaa Allah.
 
 
 
 
 
 
 

SUPER WAHM, SUPER MOM -URUS MASA, TENAGA DAN RUMAHTANGGA

Entri 66
 
Teks: Ebook Super Wahm Super Mom
 
 
Bab 3: Kisah Inspirasi Wahm, Soho

Ikuti kisah pengalaman 11 WAHM dari pelbagai latar belakang & pekerjaan. Antaranya:-

Norazizah Ruslan (Business & health advisor)
Lyna Noh (Malaysian Mums Biz Network)
Faziatun Nisa (Chocville Online Choc Boutique)
Harlinda Halim (Malaysian Work-At-Home-Mom Community)
 
Bab 4: Cabaran bekerja dari rumah dan solusi
Bab 5: Tips sukses urus masa
Bab 6: Tips urus tenaga super mama
Bab 7: Tips urus rumah tangga
Bab 8: Tips motivasi surirumah terhebat
 
Seterusnya, dalam bab 4 - 8, penulis menceritakan dengan lebih dalam tentang cabaran-cabaran yang bakal dihadapi jika anda mengambil keputusan untuk bekerja dari rumah. Berada di rumah, menguruskan keluarga selama 24 jam, 7 hari seminggu, bukanlah perkara yang mudah. Apatah lagi jika kita turut mengendalikan perniagaan sendiri.
 
Pengurusan masa, tekanan keluarga, masalah kewangan, kekurangan tenaga & stamina adalah antara yang perlu diberi perhatian. Apa yang saya suka, Masayu ada berkongsi pelbagai tips untuk menguruskan sebarang cabaran atau tekanan sepanjang menguruskan rumahtangga & perniagaan di rumah.
 
Dan apabila tiba masa kita kekurangan motivasi untuk meneruskan tugasan, boleh kita cuba beberapa cadangan dan panduan yang telah disenaraikan oleh penulis. InsyaAllah buku ini boleh menjadi teman terbaik kita.
 
EBOOK SUPER WAHM SUPER MOM
Ada promosi dalam pakej OKTOBER
 
Boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut di tinicraft@gmail.com
 
Ebook ini juga boleh didapati sebagai bonus pendaftaran ke kelas online blog  #ABDR
 
 
Ebook ini berharga RM25
 
tetapi, tawaran hebat dalam pakej Oktober yang lebih menguntungkan!
 
 
 


MESIN JAHIT MINI YANG MEMBERI INSPIRASI

Entri 65

Teks: KHUSHARTINI KAMARULZAMAN
Foto: KHUSHARTINI KAMARULZAMAN

 
Semalam saya dah mula menjahit sedikit demi sedikit. Ya, saya perlu menjahit dan terus menjahit kerana saya sudah ada terlalu banyak bahan jahitan. Tetapi dek sibuk urusan seharian, saya tidak sempat untuk melakukan hobi saya tersebut.
 
Walaupun saya bukan seorang tukang jahit tegar, hanya menjahit sebagai hobi, tetapi bahan-bahan jahitan saya tak ubah seperti sebuah kedai kraft. Terlalu banyak barang.
 
Tambahan pula duduk di Korea ini, bahan jahitannya sangat banyak dan cantik, rambang mata dibuatnya. Kalau saya menapak ke Gwanjang atau Dongdaemun Market, saya boleh berjalan turun naik tangga dengan cepat dek mengejar masa untuk menjamu mata dan membeli barang pilihan.
 
Ini pula dua set mesin jahit yang diperbuat dari kayu dan resin yang saya beli di sini. Sebelum ini saya tidak terfikir untuk beli kerana ianya agak mahal bagi saya dan lagi bagus kalau saya habiskan duit itu untuk membeli kain cotton atau peralatan kraft yang lain.
 
Tetapi sebelum balik bercuti ke Malaysia tempoh hari, ada kawan-kawan dari Malaysia yang kirimkan mesin jahit ini. Jadi, saya tidak lepaskan peluang juga untuk memilikinya.
 
Iya, mesin-mesin ini bukan boleh digunakan pun, tetapi sebagai seseorang yang mempunyai hobi menjahit, barang-barang cute dan comel sebegini amatlah mengujakan. Saya letak di atas rak kecil di hadapan meja jahit saya sebagai untuk memberi dorongan dan inspirasi untuk terus menjahit.
 
Semoga saya lebih istiqamah untuk menjahit selepas ini.
 
p/s: Sekiranya ada kawan-kawan berminat untuk memiliki mesin jahit mini seperti ini, boleh emailkan kepada saya di tinicraft@gmail.com.


 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...